4 Hari 3 Malam Di Saigon, Vietnam

HARI 01
KLIA – Saigon M. Tengahari /M.Malam
Berkumpul di KLIA untuk penerbangan ke Saigon dengan pesawat MH 750 KUL/SGN 0905-1000. Setibanya di Saigon, tuan/puan akan dibawa bergambar di Notre Dame Cathedral, General Post Office and City Hall yang merupakan kemegahan Bandar Saigon. Makan malam di Halal Restaurant. Selepas makan malam anda akan dibawa ke hotel penginapan untuk check-in.Bermalam di Saigon

HARI 02
Saigon – Cu Chi Tunnels M.tengahari/ M.malam
Sarapan pagi di Hotel. Selesai sarapan, bertolak ke Terowong bawah tanah yang diberi nama Cu Chi. Terowong ini digunakan sewaktu Perang Vietnam oleh penduduk tempatan dan juga dikenali sebagai symbol keberanian warga Vietnam. Makan tengahari di Halal restaurant.Kemudian membeli belah di Binh Tay market yang terletak di ChinaTown. Membeli belah di Tax Plaza Seterusnya ke hotel untuk mengerjakan solat jamak. Kemudian tuan/puan bebas membeli belah di Ben Thanh Market yang terletak berhampiran hotel penginapan. Untuk pengetahuan Tuan/Puan Ben Thanh market beroperasi dari jam 9 pagi sehingga jam 6 petang. Pada jam 7 malam berkumpul di Lobi hotel untuk di hantar ke restoran. Makan malam di Halal restaurant Bermalam di Saigon Sarapan /

HARI 03
Saigon – Mekong Delta – Saigon
Sarapan pagi di Hotel. Bertolak ke Pekan My Tho ( 85km perjalanan ).Setibanya di jeti, tuan/puan akan menaiki boat menyusuri Sungai Tien untuk ke Pulau Ben Tre. Sepanjang menyusuri sungai anda boleh melihat kelong ikan, pasar ikan terapung di sepanjang Pulau Naga. Setibanya di Pulau Ben Tre anda akan dibawa melihat perusahaan gula-gula dan sabun yang diperbuat dari kelapa. Seterusnya menikmati buah-buahan tempatan yang terdapat dikebun buah buahan di Muoi Hai sambil didendangkan dengan muzik tradisional. Kemudian berhenti di Kebun Mr Nam Ngo yang mengusahakan lebah yang enak diminum bersama teh.Kemudian menaiki sampan menyusuri sungai kecil untuk kembali semula ke Bot.Kembali semula ke jeti. Kembali ke Saigon untuk makan tengahari di Halal restoran. Anda akan di hantar ke hotel terlebih dahulu untuk mengerjakan solat, seterusnya bebas membeli belah di Ben Thant Market ( boleh berjalan kaki dari hotel ke Ben Thant Market) Pada jam 7 malam berkumpul di Lobi hotel untuk di hantar ke restoran untuk makan malam di restoran tempatan.Bermalam di Saigon

HARI 4
Saigon – KLIA Sarapan/M.Tengahari
Sarapan Pagi di Hotel
11.00AM Hotel check-out
12.00 PM: Makan Tengahari di halal restoran
13:00 AM bertolak ke Lapangan Terbang Saigon untuk penerbangan pulang ke KLIA SGN/KUL

JADUAL PENERBANGAN :
MH 750 14 SEPT KUALA LUMPUR/SAIGON 0905-1000
MH 759 17 SEPT SAIGON/KUALA LUMPUR 1640-1935

Penerbangan Malaysia  Airlines ( Kelas Ekonomi)

Penerbangan/Hotel Bilik Perseorangan Bilik Berdua Kanak2 Berkatil Kanak2 Tidak Berkatil
Kingston / Tan Hai long RM1750.00 RM1550.00 RM1300.00 RM 1150.00

 

 

Harga Pakej Termasuk :

  1. Tiket penerbangan pergi-balik dengan Malaysia Airlines
  2. Penginapan 3 malam di Saigon.
  3. Makan dan minum seperti didalam aturcara.
  4. Semua cukai lapangan terbang & insuran penerbangan.
  5. Tipping untuk pemandu pelancong.
  6. Insurance perjalanan.

 

Harga Pakej Tidak Termasuk

  1. Perbelanjaan sendiri
  2. Lebihan muatan bagasi

 

Comments are closed.